Monday, August 18, 2008

Gamat - Anugerah Tuhan Untuk Manusia

Gamat adalah salah satu daripada anugerah dari Tuhan untuk manusia. Khasiat dan kehebatannya telah diketahui oleh manusia sejak lama dahulu. Berikut adalah definisi gamat dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas:

Gamat merujuk kepada sejenis haiwan yang hidup di dasar laut di dalam kelas Holothuroidea. Ia tidak mempunyai anggota yang menjulur keluar dan lebih berbentuk timun. Oleh itu, ia juga dikenali sebagai timun laut di sesetengah tempat.

Gamat juga dijadikan sebagai minyak ubat, disebabkan ketahanannya yang mampu hidup walaupun dipotong dua, oleh itu dijadikan ubat bagi merawat luka dan untuk cepat sembuh selepas pembedahan dalam perubatan Melayu.






Gamat yang telah diproses sebagai makanan dan dijual di pasar raya.





Gamat atau nama saintifiknya holothurian stichopuc sp1 adalah hidupan marin yang telah digunakan oleh orang melayu sejak zaman dahulu. Gamat antara kehidupan marin yang diketahui berupaya mengubati dan mempertahankan dirinya secara biologi.

Mengikut sejarah, gamat telah digunakan oleh wanita-wanita sebagai ubat selepas bersalin dan pembedahan, mengubati luka, ulser, sakit dada, kudis, radang paru-paru, serta lelah. Bagaimanapun kaji selidik yang dijalankan oleh pakar saintis menunjukkan gamat juga boleh digunakan sebagai ubat pelalian dan mempercepatkan proses penyembuhan luka. Penggunaan gamat sebagai ubat pelalian lebih berkesan berbanding ubat yang berasaskan kimia dan dadah.

Kini gamat juga digunakan sebagai anti pembekuan darah untuk menyembuhkan penyakit kardiovaskular dan mempertingkatkan tenaga dalam badan. Gamat kaya dengan protein, kologen dan serabut elastin. Gamat juga mengandungi logam-logam yang diperlukan oleh badan untuk mempertingkatkan metabolisma seperti kuprum, kobalt, magnesium fosforus dan iodin.
Hasil Kajian

Ujian telah dijalankan oleh satu pasukan doktor dari sebuah pusat pengajian tinggi universiti tempatan. 3 ekor tikus putih yang telah dilukakan dan disapu dengan iodin manakala 3 ekor lagi juga dilukakan tetapi disapu dengan ekstrak gamat.

Hasilnya mendapati 3 ekor yang disapukan dengan ekstrak gamat sembuh dalam masa 5 hari manakala 3 ekor tikus yang disapukan dengan iodin sembuh dalam masa 11 hari. Hasil dari ujian ini membuktikan gamat mempunyai antibiotik serta daya mengubat penyakit luka dengan lebih pantas.

0 comments: